Wednesday, May 02, 2007

Main Sampai Lebam!!!

Hari mengulor sedunia.. Me n my geng, gi main bowling at the mines. Hari tu almost 90% staff in my office cuti, me n my geng tak cuti, but we all pergi main bowling. Yes, mmg we all plan semua tu. Alahh....... bukan selalu, 3 tahun sekali buat jahat.. thehehe... We all mmg enjoy giller hari tu. but semua org mengadu sakit jari n tangan. Mau tak sakitnyer, sorang main 4 game. Harga untuk 4 game only RM 10.00 jer... main sampai lebam seyyyyyy....!!!

After finish the game, we all pergi makan kat food court the mines. Masing2 lapau giller.. hahahaa tu la.. igt kenyang main bowling tu? Nak makan dlm tempat bowling tu, huh.. mahal tahap tenuk harga makanan kat situ. We all mkn la gak, tapi amik yg murah2 jer la.. but semua tak kenyang mkn kat situ.
So masing2 kebulur la time tu..

Si Sam ari tu jadi kiteorg punya bonser sbb dia sorang jer kumbang di kalangan bunga-bunga yg kembang setaman .. tapi dia ok jer.. sporting mamat tu. Single lagi beb.. (hahaah ..siap promote tu)

Ape pun, korang mmg best la geng!!!

adios...

Thursday, April 12, 2007

FAREWELL VS WELLFARE


Well…. I dunno how to start .. but I’ll try my best. Ni cerita yang agak sedih for me, coz I’m gonna loose one of my best friend a.k.a my best boss a.k.a my best opis mate.


my best friend/my best 2nd boss/my best opis mate

Start from Saturday, then drag to Sunday I n Pah busy preparing the menu for Hasdee farewell. Di sebabkan bajet nyer yg ciput so me n Pah decided to masak sendiri the menu for the farewell. Tak de la sedap mane sgt, but ok la untuk makan 40 person.

So when the day come, Monday 09 April, 2007, majlis nyer berjalan lancar, but then bile time Hasdee bagi speech, I rasa sayu sgt, rasa sedih sgt… n I couldn’t stop my tears coming down..(betul ker ayat aku ni? Belasah jer la).. Then ade laky yg tanya, naper nangis2 nih… So I buat bodoh jer.. but I perasan Hasdee pun sebak juga mase bagi speech tu, but what to do, he had no choice.

The MC lady

The VIP's (my Boss yang very the sporting tengah bagi speech)


After the speech, bagi hadiah la plak
What ever pun, I would like to say trillion thanks to a Pah, Fatihah ,Sam, Tasya and my Datuk K an also the everybody yang terlibat coz helping to organize this farewell. Without them, I wont be able to make everything going smooth n clear. (Macam ucapan org terima award la plak)

To Hasdee (kalau la dia terbace, but I know dia tak kan bace coz dia tak tau blog I nih) Your are the best boss that I ever have in this world, n you also the best friend. I hope the friendship relation between us will be forever. We gonna miss U ...

adios.. sayonara

Tuesday, April 10, 2007

Jejaka Pujaan


Ipah had fall in love with this guy. He is practical student at my office. Mukhtar is his name n he is Libyan. He's doing his master at UTM Skudai, then after final exam he applied a job with my subsidiries company at Libya coz he want to 'balik kg' n working at his home town.

Very sweet guy n handsome. Very shy when I ask him about his personal life especially about someone special in his life.

Sape yang pandang muke dia pun mmg akan cair tgk mate dia, bibir dia... sexy youuuuuu... tergoda I........... ahakss... Skrg ni dia dah balik Libya. Dia ade bagi I dia punya ym I..so boleh la chat dgn dia nanti..Kate nye dia nak request kat boss dia utk dtg training lagi nanti kat Malaysia n of course at my office..

Hope to see him again..

Adios

Thursday, April 05, 2007

Hari Sukan Sekeluarga


Why I letak tajuk 'Hari Sukan Sekeluarga'?.. sbb the whole family mmg bermandikan peluh kat situ.. Ok lets go to the story..

Sabtu 31 March 2007,hari yang di tunggu tunggu oleh angah dan juga kami sekeluarga. Hari tu angah bangun awal sbb malam tu I dah pesan kena bangun awal. Mengikut surat yang cikgu dia bagi, peserta kena berada di padang tu seawal 7.45 am.

Bila kami semua sampai, dah ramai juga la yang membanjiri padang tu, then I nampak cikgu2 sibuk menata rias all the kids for the opening ceremony. Kat situ tak de lah sebatang pokok pun yang boleh dia buat berlindung. Cuaca plak mmg cantik sgt, namun panasnyer la yg I very the tak tahan nyer.. Al maklum la kan.. sepupu sepapat puteri lilin!!! ehhehe

Overall ok la cara2 cikgu tadika tu meng organize kan sukan tu, but all the girl kids kena wearing their school tudung, Ayoo….. bersukan dgn tudung bulat yang labuh tu, mmg la panas giller. But ade gak parents yg tak kasi anak2 dorang pakai tudung tu sbb panas, but si angah ni cakap dengan memek muka yg nak nangis" kawan2 angah semua pakai tudung tu, angah nak pakai gak" Ho laaa.. nak pakai, pakai la angah, jangan buat drama kat padang ni sudah la..


Opah sibuk dok pujuk angah suruh makan skit bekalan roti yg kitorang bawak dari rumah, but dia tanak gak. Just minum air je. Risau si Opahyer takut cucu nyer tak kuat nak berlari nanti.. ehhehe.. opah..opah...


Then tak de plak orang berjual air minuman dan makanan. Kalau I tau tak de org berjual kat situ, I akan jual air n makanan ringan kat situ. Whaaa mesti acik kayo ari tu.

We all sefamily memang tak berserapan kat rumah pagi tu, so ape lagi.. kebuluran la jugak. Angah plak mmg payah nak sarapan pagi, then dah masuk pukul 10.30 am mula la dia bising lapar. Cikgu nyer plak just bagi mineral water satu n roti cream satu. Mula la si angah mengamuk nak nasi lemak juga. Aduhai.. mane la nak carik nasi lemak kat padang jarak padang terkukur nih.

Nasib baik Datuk K I rajin g carik nasi lemak kat deretan rumah kedai yang berdekatan. Tak de la dekat juga, kalau berjalan tu, mau la juga berpeluh. Then dapat la si Angah makan nasi lemak berlaukan telur goreng.

Lepas acara yang angah masuk abis, tunggu la plak acara penyampaian hadiah. I sesame Angah dok lepak bawah khemah peserta.Angah dah muncung panjang sbb panas n letih. Dia dah tak mo beratur dlm barisan yg cikgu nyer aturkan . I plak kena pujuk dia. Tau la si angah ni kalau dah mengamuk mmg payah nak di pujuk.


Kesian all the kids kepanasan sbb kat khemah tu tak de kipas then dgn keadaan padang jarak padang terkukur tu, mmg la hazab dok situ, panas menggelupur kata org utara. I lah jugak yg jadi tukang kipas angah n her gang sbb memasing muke dah bersimbah peluh.


Next week, 8April 2007, Along plak ade sukan tahunan. So sekali lagi la I akan jadi daging salai … theheheh menyalai kan diri di bawah panah matahari. Tapi I ade plan nak business menjual air dan makanan ringan kat padang awam tu. K. Ani pun katenye nak join. Harap-harap, menjadi business I kali nih..

Till we meet again, adios..Sayonara

Thursday, March 29, 2007

The Mines with Mama


Bawak mama gi jenjalan kat The Mines. Saje je nak abiskan voucher Kenny Rogers yg I dpt mase beli Fridge kat Seng Heng last year. Voucher tu expired on 30th March 2007. Mama suke stg makan ayam Kenny Rogers tu, lembut kate dia.. Kat utara sinun mane ade Kenny Rogers.Igt sebelum dia balik Kampung nanti, I nak bawak dia lagi makan kat situ.Insyaallah..!!

Monday, March 26, 2007

Kepelikan diri hamba.



OK.. as a mukhadimah… everybody ade sumting yg pelik dalam diri memasing. So do I… mungkin ape yg pelik bagi I , tapi tak pelik langsung bagi org lain or may be ‘jelik’ bagi sesetangah orang… So ape yang pelik tentang hamba ini?,,, jeng jeng jengggggggggg….. (psttt... ape related nyer pic di atas dgn topic nih?.. tak de pa per.. sajer je nak memeriahkan suasana..hehehe )

1.I suke la juga makan telur half cooked , but with one condition iaitu I tak leh makan telur tu kalau I dah tengok org lain makan telur tu dulu, I akan rasa mual ya amats.. then tekak I akan kembang semangkuk. So kalau I nak mkn telur half cooked tu, I kena makn dulu then after that jgn tgk org lain makn telur tu. if not, everything will come out from my stomach. Ayoooooo….

2. I suke tido mengiring ke kanan. Kalau tak , I mmg tak lelap tido. Kalau I tak dpt tido mengiring kekanan, rasa cam sakit2 jer satu badan time tu. My ‘Datuk K’ always kena paksa dgn I tido sebelah kanan I,coz dia suke tido sebelah kiri I. Kalau tak nanti I tido membelakangkan dia. (opsssss… its my Datuk K okeh..not Siti Nurhaliza ‘s Datuk K.. :P)

3. I boleh minum Kopi O, Limau ais, Nescafe O, Teh O without sugar. Its happen when I carry Dijah , the doc said I kena kurangkan gula dan garam dalam minuman n makanan I.. so until now I mmg minum semua tu without sugar.

4.I boleh lepak satu hari kat satu yang ramai org sambil cuci mate tgk telatah orang lain. I mmg rasa terhibur sangat kalau boleh buat gitu. Mase I tgk org tu, I suke bagi marks utk org tu.. I mean I mmg tgk detail la orang tu. Hahahaha.. mmg cuci betul I tgk org..

5.I tak leh makan pulut. Sebabnya , kalau I makan pulut, I akan jadi 'sleeping beauty' . Kekadang I makan gak then I minum kopi O. so that I tak tido. If not, mmg la I will sleep even sambil duduk.Hahahaha… Even mase time raya, I’m the one n only in my in law family yg pandai balut ketupat palas, but at the end I tak rasa skit pun ketupat tu sbb nanti kalau tertido, malu 'chek' dgn ibu mertuaku.. :D

6. Apa lagi la eik yg pelik nih!?!
I suke sgt makan kaki ayam. Tak kira di masak ape sekali pun. For sure I mmg makan. Tapi yg paling best I suke makan kaki ayam masak tomyam. fuh.. marvelous beb!! kate my mum dulu mase dia pregnantkan I.. dia tak leh tgk ayam dan mkn masakan yg ade ayam.. naper tah.. kenan ke namanya gitu?.. ahaksss...

Ahaaaaaaaaaaa… enam je kan ANN?.. so I dah jawap ur tag .. hadoiiii… berpinau gak otak akakkkkkkkk nak pk kan ape yg pelik pasal diri sendiri ni. Bukan ape ade lagi yg pelik, tapi I malu nak letak sini, kang org kate I ni kepelikan yang jelik lak.. thehehehe..

Wednesday, March 14, 2007

Faces



I cant live in this world without this faces!...Wajah kesayangan hamba gituuu....